'Kalau Betul Dia Salah, Serah Saja Pada Polis' - Ibu Suspek infomalay12.blogspot.com

Alor Setar - “Sampai hati depa (mereka) pukul anak mak cik. Kalau betul dia salah, serah saja pada polis bukannya pukul sampai mati. Mak cik tak boleh terima apa yang mereka buat sehingga anak diperlakukan seperti yang dilihat dalam rakaman video itu.”

Begitu kata Rusni Saad, 58, ibu kepada lelaki berusia 31 tahun yang meninggal dunia selepas dibelasah sekumpulan individu di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Putra, Ahad lalu.

Mangsa sebelum itu didakwa mencabul seorang wanita berusia 21 tahun dalam tandas di tingkat satu bangunan itu jam 4 petang hari kejadian menyebabkannya ditangkap orang ramai sebelum diserahkan kepada polis tetapi terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas keadaannya parah.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari semalam ketika menerima rawatan berikutan tidak sedarkan diri sejak hari kejadian.

Rusni berkata, dia tidak menyangka anak keempat daripada tujuh beradik itu diperlakukan seperti itu sedangkan dia mengenali perangai anaknya.

Katanya, dia dan anak-anaknya yang lain sudah melihat rakaman video yang ditularkan di media sosial dan menganggap semua yang berlaku hanya salah faham.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, lima individu termasuk seorang wanita ditahan di sekitar bandar raya ini sejak petang kelmarin untuk membantu siasatan kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN

1. Cabul Wanita Dalam Tandas, Lelaki Koma Dibelasah

2. (Video) Lelaki Koma Dibelasah Meninggal Dunia

Subscribe to receive free email updates: