Bintang K-Pop Hanya Makan Telur Puyuh Untuk Kurus infomalay12.blogspot.com

Selebriti Korea sentiasa menjadi perhatian dek kerana tubuh badan mereka yang sentiasa kekal langsing. Apa rahsia mereka?

Baru-baru ini bintang K-Pop, Soyou mendedahkan telur puyuh adalah rahsia dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lapan kilogram hanya dalam masa sebulan sahaja.

Soyou yang muncul dalam program SBS Entertainment Night mendedahkan diet ‘gila’ hanya mengambil 4 telur puyuh setiap hari sepanjang tempoh diet.

Soyou mengambil sekurang-kurangnya empat biji telur puyuh setiap pagi bersama segelas susu sebelum melakukan senaman.

Menurut Soyou lagi, untuk mendapatkan penurunan berat badan yang konsisten senaman juga penting dan dia turut gemar melakukan yoga.

Walaubagaimanapun, diet sebegini tidak disyorkan kepada semua kerana ianya memudaratkan.

Subscribe to receive free email updates: