'Kalau Boleh Nak Kahwin Cepat, Kalau Ada Jodohlah' infomalay12.blogspot.com

Sering kali disoal mengenai status dirinya, pelakon yang semakin meningkat naik, Ruhainies tidak pernah jemu atau tertekan kerana baginya itu lumrah dirinya sebagai seorang artis. Pun begitu, apa yang membuatkannya tertekan adalah sekiranya gosip tersebut mempunyai nama selebriti yang dikaitkan dengan dirinya.

“Saya tak tertekan yang itu tapi kalau ada gosip yang sebut nama orang itu saya tertekan. Jadi orang itu tak tahu apa-apa tiba-tiba kena gosip dengan saya. Ibu saya pula tak pernah bertanyakan soal bila saya nak kahwin,” katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim di Royale Chulan Damansara.

Dalam pada itu, disoal tentang jodoh Ruhainies mengatakan sekiranya diberi peluang dia mahu berkahwin sebelum umurnya mencecah 30 tahun.

“Saya target nak kahwin tak tahu lagi, tapi sebelum 30. Kalau boleh nak kahwin cepat kalau ada jodohlah. Mana boleh nak lambat-lambatkan lagi sebab saya sudah 25 tahun.

Umur 25 ini kalau boleh nak ada yang serius, umur 26 atau 27 tahun dah boleh kahwin. Tapi sekarang ini serius pun tak ada lagi,” jelasnya lagi.

Subscribe to receive free email updates: