Video Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim membidas wartawan yang didakwa cuba melaga-lagakannya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didapati tersebar semula di facebook.
Ketika ditemu bual oleh wartawan ketika itu, Shahidan dengan sedikit emosi menyatakan bahawa Tun Mahathir adalah idola beliau dan jangan cuba melaga-lagakan mereka berdua.
"Tun adalah idola saya, saya orang kuat Tun. Saya akan menyokong apa saja yang Tun cadang. Saya sangat sayang pada Tun."
"Tun adalah manusia yang Allah bagi cukup luar biasa."
"Dia adalah manusia yang luar biasa. Allah bagi dengan umur yang begini tapi masih mampu memberi pandangan-pandangan" kata shahidan.

Sesi temu bual tersebut sebenarnya berlaku pada Oktober 2013. Oleh itu, timbul persoalan, adakah Shahidan masih menjadikan Tun Mahathir sebagai idola sehingga kini dalam situasi politik yang telah berubah.