Anak Exco Kedah Datuk Aminuddin Maut Kereta Hentam Pokok infomalay12.blogspot.com

Aminuddin sebak melihat keadaan mayat anaknya yang terkorban dalam nahas jalan raya, petang Sabtu. - Facebook/Nur Fitri Damia
Anak kepada Exco Kedah, Datuk Aminuddin Omar maut bersama seorang rakannya selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu merempuh pokok di KM 12.7 Lebuhraya Changlun, petang Sabtu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Irfan Aminuddin, 20 dan rakannya, Wan Khuzairi Wan Cik, 27, meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan tersebut dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.30 petang berhubung kejadian berkenaan.



Pasukan bomba mengeluarkan kedua-kedua mangsa dari kenderaan yang dinaiki.

“Setiba di lokasi kejadian didapati dua lelaki tersepit dalam kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dipercayai terbabas dan  melanggar pokok di lebuh raya tersebut.

“Kedua-duanya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

-mstar

Subscribe to receive free email updates: