Selepas berucap dalam Sidang Dun, Asmuni dikafirkan
Selepas mengingatkan tentang bahaya budaya takfiri di dalam Dewan Negeri, Exco Kerajaan Negeri Perak Asmuni Awi telah dikafirkan oleh individu di laman sosial Facebook.
Dalam ruangan komen di pautan, seorang pemilik akaun Facebook bernama Zulkifli Ismail mendakwa, Asmuni adalah seorang bukan Islam.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut di ruangan komen pautan berita Sinar Harian yang bertajuk “Sidang DUN Perak kecoh isu ‘kafir’ libatkan kerjasama UMNO, Pas”
“Asmuni tu sebenarnya bukan Islam wahai saudara2 ku (saudara-saudaraku) semua… beliau adalah syiah,” kata Zulkifli yang meletakkan gambar tertera perkataan Tolak Icerd di laman Facebooknya.
Komen tersebut menimbulkan rasa tidak senang netizen lain yang meninggalkan komen mendesak Zulifli mengemukakan bukti terhadap tuduhan tersebut.
“Zulkifli Ismail sila pamer bukti atau anda dicop penfitnah,” tegas pemilik laman Facebook bernama Nurul Rashdin Zahari.
Pemilik akaun Facebook bernama Wan Mohamad Desah pula mendesak laporan polis dibuat terhadap individu tersebut.
Sebelum itu, Asmuni di dalam ucapan penggulungannya di Persidangan Dun Perak menyatakan kebimbangan dengan penyuburan budaya mengkafirkan pihak lain hanya kerana tidak sependapat dalam perjuangan politik.
Menurutnya, budaya mengkafirkan orang dengan sewenangnya adalah terlalu asing bagi rakyat Malaysia dan ia lebih teruk daripada taliban.
Kata beliau, menghukum pihak yang berbeza fahaman politik ini adalah sangat tidak baik dan wajar dibendung oleh semua pihak agar tidak berleluasa.
Perak Insight
Ini yang dikatakan jika parti ana buat maka perjuang Islam, namun jika orang lain buat digambarkan hina Islam...