Cash Is King! Najib bagi alasan duit masuk ke akaun peribadi..TAK TAHU? Macai Najib kata plok..ELAK BIROKRASI? Logo DAP akan digunakan di Sandakan [Video WAJARKAH KERAJAAN MEMBELI TANAH KAMPUNG BARU?] infomalay12.blogspot.com

Jumaat, 26 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Najib bagi alasan duit masuk ke akaun peribadi.. TAK TAHU
Orang bawahan Najib kata plok.. ELAK BIROKRASI
Ini dah terbukti jelas memang wujudnya duit2 SRC International masuk ke akaun peibadi Najib.
Tak usahlah nak perbodohkan mahkamah.
Terang2 Najib Razak pernah kata pada dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di PICC 7 tahun yg lalu..
"Setiap sumbangan yg ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samada di peringkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan melalui AKAUN RASMI PARTI" -Najib Razak (27/2/2012)
KENAPA dlm skandal SRC RM42 juta boleh plok masuk akaun peribadi?

Logo DAP akan digunakan di Sandakan - Shafie Apdal

Rakan sekutu Warisan, Pakatan Harapan dan Upko akan menggunakan logo DAP dalam pilihan raya kecil Sandakan, kata Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal.
“Seperti mana mendiang Stephen Wong yang menang dalam dua pilihan raya kecil menggunakan logo DAP, kita akan lakukan perkara sama kali ini.

“Warisan-Pakatan Harapan-Upko akan memberikan sokongan penuh kepada calon Vivian Wong,” kata Shafie dalam satu perbincangan terbuka semalam, seperti dilaporkan The Borneo Post.
Vivian, anak bongsu Stephen, akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya kecil 11 Mei depan. Proses penamaan calon akan berlangsung esok.
Sementara itu, Shafie berkata walaupun mereka berstatus parti pemerintah, pilihan raya kecil itu tetap tidak akan dipandang enteng.
Stephen, yang juga menteri kesihatan Sabah, meninggal dunia pada 28 Mac.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR tetapi di Sabah dan Sarawak kekal dengan logo parti komponen dan sekutu masing-masing.
Selepas memenangi pilihan raya, PH berjaya didaftarkan dan dibenarkan diguna dalam pilihan raya.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: