Kelentong Menteri Mengenai Kereta Terbang Sudah Jadi Seperti Cerita Tahyul infomalay12.blogspot.com


Mulanya diakui prototaip kereta terbang adalah seperti yang dipamerkan di LIMA 2019, Langkawi. Setelah mendapat troll yang maha hebat semalam, syarikat berkenaan mengeluarkan kenyataan menafikan model berkenaan bukan kereta terbang yang dinyatakan.


Hari ini, Menteri berkenaan buat cerita baru pula. 


Cerita penglipurlara yang terbaru adalah kereta terbang itu kini sedang dibangunkan di Jepun, oleh Rakyat Malaysia. Bila pula kita tandatangan persefahaman dengan Jepun untuk membina kapal terbang? 

Prototaip berkenaan pula dibangunkan tanpa menggunakan peruntukan Kerajaan pula tu. Baik sungguh hati Jepun. Kalau betul bagai dikata, pastinya Jepun sudah lama melabur di Malaysia semasa Kerajaan Pakatan Harapan memerintah dan bukan hanya memberikan pinjaman Bon Samurai.

Sembang Menteri yang lebih dikenali dengan nama Pak Wan, sudah melalut sampai tak ketahuan. Kata Pak Wan Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan nak bangunkan modal insan tempatan dan komersialkan teknologi otomotif dan drone tempatan, tapi prototaip kereta terbang dibangunkan di Jepun?

Kesimpulannya, sembang Menteri Pakatan Harapan ini, ibarat babi pun boleh terbang.

Subscribe to receive free email updates: