Shahrir kejutkan ramai, hadir beri keterangan di SPRM infomalay12.blogspot.com


PUTRAJAYA: Kumpulan wartawan yang berkumpul di lobi ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menunggu ketibaan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikejutkan dengan kehadiran bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau yang tiba jam 9.30 pagi memakai kemeja putih dengan santai menyapa petugas media.

“Mestilah (Dipanggil SPRM).  Kan saya ada buat pengakuan terima wang dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Pada Ogos 2015, Sarawak Report melaporkan Najib menyalurkan dana kewangan daripada akaun kepada beberapa pemimpin Umno termasuk RM1 juta kepada Shahrir.

Bagaimanapun Shahrir pada 17 Ogos 2015 berkata, menerima bantuan daripada Presiden Umno merangkap perdana menteri untuk mana-mana bahagian adalah perkara biasa, terutamanya sekiranya bahagian tersebut kekurangan dana.

Sumber mengesahkan kehadiran Shahrir ke SPRM berkaitan dengan siasatan 1MDB.

Subscribe to receive free email updates: