[Video Lakukan Perubahan! Rakyat dah tak sangup tunggu 5 tahun lagi & Rakyat juga dah tak bodo la ni] Rafizi sangkal PH kalah akibat persempadanan semula. infomalay12.blogspot.com

Rabu, 4 April 2018

JELAJAH Pakatan Harapan  Kedah & Perlis.
Image may contain: 1 person, crowd
Tumpang sekole.

Rafizi sangkal PH kalah akibat persempadanan semula

Pengasas Invoke, Rafizi Ramli menyangkal dakwaan analisa pihak tertentu yang menganggap Pakatan Harapan (PH) akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ekoran persempadanan semula tanpa mengambil kira pelbagai faktor lain.
Menurutnya, kesan penyusunan semula kawasan pilihan raya tidak semestinya akan memberi kesan 100 peratus seperti yang dimahukan oleh Umno-BN.
Jelasnya, banyak faktor perlu diambil kira memandangkan situasi politik pada masa ini jauh berbeza dengan pilihan raya pada lima tahun lalu.
“Kebanyakan analisa tersebut mengandaikan bahawa pengundi akan mengundi seperti tahun 2013. Kita tahu semua itu tidak betul.
“Sejak tahun 2013, banyak perkara berubah. Antaranya, tiada Pakatan Rakyat, dinamik perubahan parti politik, Mahathir bersama Pakatan Harapan, Pas sebagai blok ketiga dan sebagainya.
“Perkara-perkara itu perlu diambil kira bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh untuk memahami kesan sebenar persempadanan semula,” ujarnya pada forum berkenaan kesan persempadanan semula di ibu pejabat Invoke di Sungai Besi, Selangor.
Naib Presiden PKR itu berkata, tujuan Umno-BN memanipulasi persempadanan semula adalah untuk mengalihkan pengundi dengan menganggap pengundi Melayu lebih cenderung untuk mengundi BN berbanding PH.
“Tetapi ramai lupa satu perkara iaitu selain daripada persempadanan semula, jumlah pengundi di sesuatu kawasan juga boleh berubah dengan pendaftaran pengundi.
“Maknanya, Umno boleh saja lukis tetapi dia (Umno) tidak boleh kawal jumlah orang yang mengundi di sesuatu kawasan yang mendaftar.
“Kalau di satu kawasan, jumlah pengundi Cina mendaftar lebih cepat daripada jumlah pengundi Melayu. Maka, walaupun dia (BN) lukis mengikut kawasan, itu tidak memberi seratus peratus keputusan manipulasi seperti dikehendaki,” ujar Rafizi lagi.
Usul persempadanan semula yang diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu menyaksikan 129 Ahli Parlimen menyokong manakala 80 lagi menolak selepas pengundian dijalankan secara belah bahagi.
Menerusi usul tersebut, tiada pertambahan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) sekali gus mengekalkan 222 kerusi Parlimen dan 587 kerusi Dun.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan 12 nama kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dun untuk dipinda.
Di Selangor, susunan kajian semula persempadanan itu menyaksikan Damansara yang dulunya dikenali sebagai Parlimen Petaling Jaya Utara menjadi kawasan paling ramai pengundi di negeri itu dan Semenanjung dengan jumlah sebanyak 150,439 pemilih.
Bagi Parlimen Bangi yang dulu dikenali sebagai Serdang memiliki jumlah pengundi kedua terbesar iaitu 146,168 pemilih berdaftar.
MD.


Subscribe to receive free email updates: