Pegawai khas PM cabar Rafizi dedah aliran wang Invoke infomalay12.blogspot.com

Rizal mencabar Rafizi menjawab 5 soalan berkaitan aliran wang Invoke sebanyak RM2.7 juta jika benar-benar telus.
Rizal-Mansor_rafizi-ramlit_600
PETALING JAYA: Datuk Rizal Mansor hari ini mencabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan pendapatan dan perbelanjaan dana pusat penyelidikan Invoke.
Pegawai khas perdana menteri itu berkata sehingga kini banyak persoalan yang belum dijawab secara terang oleh Rafizi berhubung wang yang diterima dan dibelanjakan Invoke.
Berikutan itu, Rizal mencabar Rafizi untuk menjawab 5 soalan berkaitan aliran wang Invoke sebanyak RM2.7 juta jika dia benar-benar telus seperti yang dilaungkannya.
“Butiran lengkap mengenai derma orang ramai sebanyak RM857,000. Siapa yang menderma? Waktu bila? Di mana?
“Butiran kutipan langganan perkhidmatan sukarelawan sebanyak RM1.063 juta. Siapa sukarelawan ini, berapa ramai yang melanggan perkhidmatan ini?
“Bukti dia melaburkan duit Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Hajinya ke dalam Invoke sebagai modal, tidak pernah ditunjukkan sebarang bukti pengeluaran dan kemasukan wang.
“Sewa pejabat Invoke berbelas buah di seluruh negara. Benarkah itu? Bukankah pejabat Invoke banyak beroperasi di pejabat cabang PKR?” soal Rizal di laman Facebooknya.
Rizal turut mempersoalkan ketelusan Rafizi membayar gaji 80 pekerja Invoke yang bekerja sepenuh masa berikutan dakwaan gaji yang dibayar seperti gaji pekerja buruh.
“Bayaran gaji 80 kakitangan sepenuh masa Invoke (purata gaji mereka adalah RM1100 sebulan).
“Apakah bukti mereka ini menerima gaji dari Invoke seperti pendaftaran atau pemotongan EPF dan Socso? Tidak pernah pun ditunjukkan Rafizi bagaimana selama ini beliau sering mengaku beliau seorang yang telus,”soalnya lagi.
Rizal berkata banyak lagi persoalan yang akan dibangkitkannya kepada Rafizi pada masa akan datang.
“Tetapi saya beri peluang kepada Rafizi untuk jawab dengan terang dan jelas dahulu mengenai 5 perkara di atas.
“Saya menjangkakan Rafizi akan mengeluarkan jawapan bersifat ‘politik’ untuk mengalihkan isu ini,” katanya.
Pada 5 Mei lalu, Rafizi mendedahkan Invoke sejak ditubuhkan sehingga 30 April 2017, memperoleh pendapatan sebanyak RM2,780,652 dan antara pendapatan yang diperolehinya adalah menerusi jualan meja, tiket dan barangan semasa majlis kutipan dana; suntikan dana beliau sendiri dan jualan barangan secara online melalui eShop.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: